Post by lord on Sept 10, 2006 10:29:15 GMT -5
Oleh Muzdalifah Mohd Mustafa
Bayaran bagi kompaun lama, kesalahan serius termasuk lumba haram kekal
KUALA LUMPUR:
Berdasarkan kadar saman baru itu, kompaun saman yang d**eluarkan bagi memandu melebihi had laju kini ialah RM70 bagi kereta, teksi, van dan pacuan empat roda; RM90 (lori dan bas), serta RM50 (motosikal).
Sebelum ini, semua pemandu yang memandu melebihi had laju d**enakan kompaun RM150 tanpa mengira jenis kenderaan.
Bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar, semua pemandu kini d**enakan kompaun saman RM50, tanpa mengira jenis kenderaan berbanding RM150 bagi teksi, RM80 (van) dan RM70 (kereta) sebelum ini.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Mustafa Abdullah (gambar), berkata kompaun lebih rendah itu bertujuan meringankan beban pemandu menghadapi kenaikan harga minyak dan membudayakan mereka membayar saman.
Bagaimanapun, kadar saman bagi kesalahan mengikut Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan seperti kemalangan maut, memandu ketika mabuk, pemandu bawah umur tanpa lesen, memandu dengan cuai dan berbahaya, tiada perlindungan insurans serta lumba haram, tidak dikurangkan.
Selain itu, saman atau kompaun kesalahan trafik yang d**eluarkan sebelum ini masih tertakluk kepada kadar lama bagi mengelak komplikasi, katanya mengumumkan perkara itu pada sidang media di Bukit Aman semalam.
Mustafa berkata, bagi pesalah trafik yang sudah d**eluarkan waran tangkap terhadap mereka, nilai kompaun d**enakan adalah sekali ganda daripada harga tawaran, tetapi tidak melebihi RM300.
Katanya, kadar baru itu akan kekal jika ramai pesalah trafik tampil membayar saman mereka tetapi beliau tidak menolak kemungkinan mengkaji semula harga berkenaan jika sambutan tidak menggalakkan.
Namun, dengan langkah ini, kita harap tidak lagi perlu menggembleng tenaga polis trafik untuk menjalankan Ops Warta bagi memburu pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap dan saman tertunggak, katanya.
Beliau berkata, dengan kadar yang rendah itu, orang ramai tidak lagi perlu berurusan dengan polis trafik.
Orang ramai boleh menyemak saman mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Dapat di nombor 32728 menerusi kemudahan saman alert. Mereka boleh melanggan saman alert dengan menaip POLIS SAMAN, jarak, nombor kereta, on untuk mengetahui sama ada mereka d**enakan saman atau tidak.